Berpelan untuk bercuti di Melaka dengan seisi keluarga anda pada hari keluarga? Pilihan anda memang terbaik dan bijak pandai! Walaupun Melaka merupakan salah satu negeri yang terkecil di Malaysia, ia mempunyanyi pelbagai tarikan dan destinasi pelancongan yang dapat dikunjungi oleh para pelancong! Lokasi-lokasi bersejarah, destinasi kebudayaan, pusat membeli-belah, taman tema dan pelbagai makanan lokal yang sedap belaka, semuanya sesuai untuk individu pelbagai usia! Antara tempat-tempat bersejarah yang memang sesuai untuk para pelancong yang berminat dengan sejarah Melaka ialah Penempatan Portugis, Gereja St Paul, Stadthuys of Melaka, Gereja Kristus dan Porta de Santiago. Bagi kanak-kanak ataupun para pelancong yang ingin mengunjungi ke tempat lain selain daripada tarikan bersejarah Melaka, bolehlah menuju ke Zoo Melaka, A’Famosa Water Theme Park dan juga Wonderland Theme Park. Jika anda ingin menikmati pemandangan bandar Melaka dari lokasi yang tinggi, kunjungilah Menara Taming Sari di Bandar Hilir. Di Melaka juga mempunyanyi lokasi-lokasi yang sesuai untuk para pelancong yang berminat dalam membeli-belah! Dataran Pahlawan Melaka Megamall merupakan salah satu pusat membeli-belah yang terkenal dan terbesar di Melaka! Para pelancong bolehlah membeli apa-apa jua di sana dengan harga yang berpatutan. Selain itu, Jonker Street juga merupakan salah satu tarikan pelancongan yang memang sesuai untuk membeli perhiasan buatan tangan dan antik-antik tradisional. Makanan-makanan tempatan yang dijual di Jonker Street juga amat sedap dan murah! Antara makanan tempatan yang boleh didapati di Jonker Street ialah popiah, satay celup, kentang goreng, cendul, nasi ayam bebola, kerang dan lain-lain lagi! Bagi para pelancong yang berminat sangat dalam menikmati makanan-makanan enak, Melaka seandainya syurga makanan untuk mereka! Infrastuktur pengangkutan awam di Melaka cukup maju dan effisien. Di sekitar Melaka terdapat pelbagai stesen bas yang boleh menumpang para pelancong ke mana-mana jua dengan harga yang murah. Selain itu, Melaka juga mempunyanyi stesen kereta api dan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka bagi para pelancong yang memerlukan kemudahan kereta api dan penerbangan. Sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia, sudah tentulah Melaka juga mempunyanyi pelbagai pilihan penginapan bagi para pelancong, seperti hotel, resort, homestay, rumah percutian dan banyak lagi. Bagi para pelancong yang bercadang untuk bercuti di Melaka seisi keluarga, Melaka juga mempunyanyi pelbagai homestay dan hotel yang sesuai, murah dan sesuai untuk seisi keluarga! Untuk memudahkan para pelancong dalam pemilihan penginapan di Melaka, Sweethut Holiday telah memilih beberapa homestay dan hotel yang terbaik, selesa, murah, sesuai untuk sekeluarga dan dekat dengan tarikan pelancongan seperti Menara Taming Sari! Untuk menempahkan penginapan di Melaka dengan harga yang paling murah dan berbaloi, kunjungilah laman web kami di https://sweethut.holiday/ sekarang!

Jika anda merupakan jenis pelancong yang ingin menginapi di hotel yang cantik dan selesa tetapi tidak ingin membazirkan wang anda, pilihlah Hotel Sentral Melaka! Hotel Sentral Melaka bukan sahaja mempunyanyi rekaan yang cantik, tetapi biliknya juga siap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh para pelancong! Setiap bilik siap disediakan dengan penyaman udara, sofa, katil, televisyen, dan juga bilik air yang mempunyanyi pelbagai kemudahan tandas. Selain itu, para penginap juga dapat bermain air dan berenang di kolam air hotel tersebut! Hotel Sentral Melaka mencuba sedaya upaya untuk memastikan para penginap mereka tinggal di situ dengan berpuas hati. Dengan harga serendah RM72, para pelancong boleh menempah dan menginapi di hotel ini! Lokasi Hotel Sentral Melaka juga strategik sekali! Berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, The Shore Oceanarium, Bukit Cina, Menara Taming Sari, Jonker Street, Little India dan pelbagai kedai-kedai makanan, lokasi Hotel Sentral Melaka memang memudahkan para pelancong untuk mengembara sekeliling Melaka! Ingin tinggal di hotel yang cantik dan berbaloi? Pilihlah Hotel Sentral Melaka! Tempahlah bilik anda di hotel ini dengan kadar harga yang paling rendah di laman web Sweethut Holiday sekarang https://sweethut.holiday/!

Lokasi: Jalan Tun Sri Lanang, Pengkalan Rama Tengah, 75100 Malacca, Malaysia.

Dengan harga serendah RM72, para pelancong dan seisi keluarga dapat menginapi di hotel ini yang selesa, cantik dan murah sekali! Bilik-bilik pilihan seperti Standard Queen Room, Standard Twin Room, Triple Room ataupun Family Room boleh dipilih oleh para pelancong ikut kesukaan. Setiap bilik Gold Leaf Hotel mempunyanyi rekaan yang cantik dan juga siap dilengkapi dengan kemudahan. Antara kemudahan yang siap disediakan oleh pihak hotel ialah sofa, penyaman udara, katil, kipas, televisyen, dan juga tandas yang mempunyanyi pelbagai kemudahan bilik air. Bagi para pelancong yang memerlukan kemudahan pengangkutan awam, bolehlah menuju ke stesen bas, stesen kereta api dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang terletak di jarak yang dekat dengan Gold Leaf Hotel. Tambahan pula, selain daripada kemudahan pengangkutan awam, destinasi-destinasi pelancongan juga terletak di lokasi yang berdekatan dengan hotel ini! The Orangutan House, Cheng Ho’s Cultural Museum, Baba and Nyonya Heritage Museum, Menara Taming Sari, Jonker Street, Little India dan banyak lagi lokasi menarik dapat ditujui oleh para pelancong dengan mudah dan cepat sekali! Menginapi di hotel ini memang berbaloi dan sesuai untuk para pelancong yang bercuti di Melaka seisi keluarga! Tempahlah bilik anda di Gold Leaf Hotel Melaka sekarang dengan kami di https://sweethut.holiday/!

 

Lokasi: Jalan Kee Ann Kampung Jawa, 75100 Malacca, Malaysia.

Superior Twin, Superior Queen, Executive Deluxe King, Premier Suite dan banyak lagi, para pelancong yang bercadang untuk menginapi di ECO Tree Hotel sepanjang percutian mereka di Melaka terdapat banyak pilihan yang boleh dipilihi! Dengan harga yang serendah RM240, para pelancong dapat tinggal di hotel ini yang berkelas tinggi dan cantik! Setiap bilik ECO Tree Hotel siap dilengkapi dengan penyaman udara, sofa, televisyen, telefon, pemanas air, dan juga tandas yang mempunyanyi kemudahan bilik air. ECO Tree Hotel memang berbaloi untuk para pelancong bukan sahaja ia mempunyanyi ruang yang selesa dan cantik, tetapi lokasinya juga berdekatan dengan pelbagai destinasi pelancongan yang kerap dikunjungi oleh orang ramai! Melaka Funland, A’Famosa, Menara Taming Sari, Museum Melayu dan Perkataan Islam, Sungai Melaka, Little India, Jonker Street dan banyak lagi, terletak di sekeliling kawasan ECO Tree Hotel. Selain itu, pelbagai restoran lokal, kedai kopi, cafe dan gerai-gerai makanan juga berada di jarak yang dekat dengan hotel ini. Para pelancong haruslah mengambil peluang ini untuk mencubakan semua makanan lokal Melaka! Tempahlah ECO Tree Hotel dengan kami di https://sweethut.holiday/ sekarang! Ia memang sesuai untuk keluargamu!

Lokasi: Melaka Raya 75000 Malacca, Malaysia.