Lets Stay Homestay merupakan satu penginapan yang sesuai untuk pelancong yang bercuti di Melaka dengan bajet yang terhad. Harganya yang berada dalam linkungan bawah RM150, penginapan yang selesa ini merupakan salah satu pilihan bernilai yang terbaik untuk para pelancong untuk beriadah! Tempat-tempat menarik seperti Muzium Warisan Baba dan Nyonya, A Famosa, Oceanarium Pantai dan banyak lagi terletak berhampiran sahaja dengan tempat penginapan ini.

Daya tarikan seperti Straits Chinese Jewelry Museum  dan Cheng Hoon Teng Temple berdekatan dengan homestay ini. Selain itu, terdapat banyak kafe dan restoran di berdekatan penginapan ini. Lets Stay Homestay Kota Laksamana Melaka adalah jenis penginapan apartmen yang dilengkapi dengan televisyen, meja, penyaman udara, peti sejuk, tempat letak kereta peribadi dan lain-lain.

Apartmen ini mempunyai kolam renang peribadi sendiri, jadi untuk mereka yang tinggal di situ bolehlah berenang di kolam renang mandi tersebut selepas mengunjungi sekitar Bandar Bersejarah Melaka seharian. Untuk mendapatkan lebih maklumat untuk hotel, homestay atau penginapan lain di Melaka, sila lawati kami di https://sweethut.holiday/!

Alamat : The Wave Residences, Taman Kota Laksamana, 75200 Malacca City, Malaysia

The Jiong Guest House yang harganya murah dan berpatutan (bawah RM150), terletak di Chinatown, iaitu lokasi yang merupakan pusat bandar bersejarah Melaka. Penginapan yang selesa dan bernilai ini menawarkan pelbagai jenis bilik untuk cuti sekeluarga yang berbaloi. Di Malacca The Jiong Guest House terdapat kawasan tempat duduk istirehat untuk para pelancong yang ingin berehat atau bersosial dengan pelancong lain di sana. Mereka yang menginap di The Jiong House menikmati WiFi percuma di seluruh kawasan ini. Bilik-bilik dilengkapi dengan kipas atau penghawa dingin, manakala bilik mandi atau tandas adalah kemudahan perkongsian. Dengan hanya berjalan-jalan selama 5 minit, para pelancong boleh sampai ke Melaka Heritage Street dan Stadhuys Red Dutch House dan dengan perjalanan kaki 15 minit, para pelancong dapat sampai ke A Famosa dan Muzium Cheng Ho. Untuk mendapatkan lebih maklumat untuk hotel, homestay atau tempat penginapan lain di Melaka, sila lawati kami di https://sweethut.holiday/!

Alamat : Jalan Kampung Pantai, Chinatown, 75200 Melaka, Malaysia

Bandaraya Bersejarah Melaka atau digelar Malacca City, merupakan salah satu negeri yang terkecil di Malaysia juga merupakan Tapak Warisan UNESCO (UNESCO World Heritage Site)! Tempat menarik termasuk bangunan-bangunan bersejarah yang tersebar di Melaka seperti Gereja Kristus yang merupakan gereja Protestan tertua di Malaysia, Gereja St. Paul, yang pernah menjadi kubu dan pemakaman Belanda dan Famosa Portuguese Fort, iaitu sisa seni bina Eropah yang tertua di Asia sejak dibina pada tahun 1511 dapat dikunjungi oleh para pelancong yang melawati Melaka.

Kunjungi Melaka dengan menumpang bas dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) memang menyeronokkan dalam masa perjalanan 2 jam. Perjalanan bas dari Singapore dan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai Johor ke Melaka mengambil ambil masa 3 jam hingga 4 jam.

Pengalaman indah dalam perjalanan bas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (Penang International Airport) janji menjadi memori seumur hidup. Penerbangan udara dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ke Melaka mengambil masa 1 jam 20 minit.

Untuk pelancong-pelancong yang ingin menikmati permandangan Melaka yang indah, bolehlah menuju ke Taming Sari Revolving Tower. Bagi pelancong-pelancong yang kuat berbelanja atau “shopping”, jemput jalan-jalan ke Jonker Street yang penuh dengan gerai pasar yang bukan sahaja menjual makanan-makanan tempatan yang sedap tetapi juga cenderahati yang boleh dijadikan hadiah. Selain itu, Dataran Pahlawan Megamall, Hatten Element Shopping Mall dan Mahkota Parade Shopping Mall merupakan pusat membeli-belah bagi para pelancong tempatan dan luar negeri.

Bagi para pelancong yang suka sangat dengan haiwan ataupun taman tema, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia serta Taman Tema Mini ASEAN juga merupakan tarikan di Bandar Bersejarah Melaka! Pantai Klebang (Klebang Beach) dan Pantai Puteri turut menjadi daya tarikan pelancongan utama di Melaka.

Bukan sahaja pelbagai tempat percutian tarikan bergembira yang boleh didapati di Melaka, tetapi di Melaka juga terdapat pelbagai tempat penginapan yand menarik, termasuk homestay aluan Muslim dan hotel yang boleh dipilih oleh para pelancong, sama ada penginapan yang berhampiran dengan Jonker Street, Bandar Hilir Melaka, A Famosa, Lapangan Terbang Batu Berendam, Alor Gajah, Ayer Keroh, Bukit Katil, Merlimau dan Tampin, para pelancong pasti dapat mencari penginapan yang selesa dan ideal di mana-mana Melaka pun! Antara jenis-jenis penginapan yang para pelancong boleh memilih di Melaka ialah hotel, resort, homestay, asrama dan lain-lain lagi. Tambahan pula, anda boleh menempah penginapan di Melaka di https://sweethut.holiday sekarang, anda akan dapat penginapan dengan harganya murah sekali sehingga ke bawah RM150! Tunggu apa lagi!