Jika anda merupakan jenis pelancong yang cukup berminat dengan tradisi dan budaya Malaysia, bangunan dan lokasi bersejarah serta makanan-makanan sedap, Johor merupakan destinasi pelancongan yang terbaik untukmu! Dipenuhi dengan pelbagai lokasi tarikan pelancong serta makanan tempatan Johor yang sesuai untuk semua individu, Johor merupakan salah satu destinasi pelancongan Malaysia yang memang sesuai untuk dikunjungi oleh seisi keluarga! Legoland, Paradigm Mall, Air Terjun Pulai, Zoo Melaka, Danga Bay Park, Kuil Lama China, Muzium Royal Abu Bakar, dan lain-lain lagi merupakan destinasi tarikan pelancong yang boleh dikunjungi oleh para pelancong. Melawatilah bangunan-bangunan ataupun lokasi bersejarah dan kebudayaan bersama ahli keluarga anda sambil mengambil gambar. Hari percutian sebegini pasti akan menjadi kenangan yang manis sesama ahli keluarga. Bagi para pelancong yang berminat dengan makanan lokal Johor yang enak sekali, usahlah risau. Di Johor, kedai makanan, restoran tempatan, kafe, kedai serbaneka dan pasar malamm boleh didapati di mana-mana jua! Jadi, para pelancong bolehlah mengambil kesempatan ini untuk makan sebanyak mungkin makanan lokal yang sedap belaka ini! Antara makanan lokal Johor yang terkenal ialah satay, otak-otak, mee bandung Johor serta telur goreng tiram! Pastikan anda mencuba semuanya sebelum balik dari Johor! Bagi para pelancong yang ingin bercuti di Johor sesama ahli keluarga, bolehlah menaiki bas dari terminal bas seperti Terminal Bersepadu Selatan Kuala Lumpur ataupun Penang Sentral. Manakala, bagi yang ingin menaiki kapal terbang, Lapangan Terbang Antarabangsa Penang, Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu serta lapangan terbang yang lain juga mempunyanyi penerbangan yang dapat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Johor ini merupakan negeri yang besar, jadi pilihan penginapannya yang boleh ditempah oleh para pelancong juga banyak. Untuk memudahkan para pelancong, Sweethut Holiday telah memilihkan beberapa penginapan yang paling cantik, luas dan sesuai untuk seisi keluarga! Jika anda ingin menempah penginapan di Johor dengan harga yang rendah dan berbaloi, kunjungilah laman web kami di https://sweethut.holiday/ sekarang!