Melaka, salah satu negeri yang terkecil di Malaysia. Bagi yang tidak kenal akan Melaka ni, biasanya akan ingat negeri kecil ni tidak ada apa-apa yang balo dikunjungi. Jangan biarkan saiz negeri kecil ini menipu anda! Ini adalah kerana ia juga merupakan Tapak Warisan UNESCO! Antara bangunan-bangunan bersejarah yang tersebar di antara seluruh Melaka termasuk Gereja Kristus yang merupakan gereja Protestan tertua di Malaysia, Gereja St. Paul, yang pernah menjadi kubu dan pemakaman Belanda, dan Famosa Portuguese Fort, iaitu sisa seni bina Eropah yang tertua di Asia sejak dibina pada tahun 1511.
Bagi pelancong-pelancong yang ingin menikmati permandangan Melaka yang indah bolehlah menuju ke Taming Sari Revolving Tower. Bagi pelancong-pelancong yang kuat berbelanja atau “bershopping”, menujulah ke Jonker Street yang penuh dengan gerai pasar yang bukan sahaja menjual makanan-makanan lokal yang sedap tetapi juga cenderahati yang boleh dijadikan hadiah. Bagi pelancong-pelancong yang suka sangat dengan haiwan ataupun taman tema, Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia serta Taman Tema Mini ASEAN juga dapat ditujui di Melaka! Pelancong-pelancong yang mengunjungi Melaka tidak haruslah risau akan kebosanan sebab Melaka ni penuh dengan tapak pelancongan!
Di Melaka terdapat pelbagai penginapan yang boleh dipilih oleh para pelancong, sama ada penginapan yang berhampiran dengan Jonker Street, Lapangan Terbang Batu Berendam, Ayer Keroh atau Tampin, para pelancong pasti dapat mencari penginapan yang ideal di mana-mana pun! Antara jenis-jenis penginapan yang para pelancong boleh memilih di Melaka ialah hotel, resort, homestay, asrama dan lain-lain lagi. Jadi, tempahlah penginapan anda di Melaka sekarang dengan harga yang paling murah dan berbaloi di https://sweethut.holiday sekarang!