Lets Stay Homestay merupakan satu penginapan yang sesuai untuk pelancong jenis pasangan atau keluarga kecil yang ingin bercuti di Melaka. Tempat-tempat menarik seperti Muzium Warisan Baba dan Nyonya, A Famosa, Oceanarium Pantai dan banyak lagi terletak berhampiran sahaja dengan tempat penginapan ini. Selain itu, terdapat juga banyak kafe dan restoran di berdekatan penginapan ini. Lets Stay Homestay adalah jenis penginapan apartmen yang dilengkapi dengan televisyen, meja, penyaman udara, peti sejuk, tempat letak kereta peribadi dan lain-lain. Apartmen ini juga mempunyai kolam renang peribadi sendiri, jadi untuk mereka yang tinggal di situ bolehlah berenang di kolam renang tersebut selepas mengunjungi sekitar Melaka seharian. Untuk mendapatkan lebih maklumat untuk hotel, homestay atau penginapan lain di Melaka, sila lawati kami di https://sweethut.holiday/