Print
Category: Melaka Homestay (BM)
Hits: 11291

Berpelan untuk bercuti di Melaka dengan seisi keluarga anda pada hari keluarga? Pilihan anda memang terbaik dan bijak pandai! Walaupun Melaka merupakan salah satu negeri yang terkecil di Malaysia, ia mempunyanyi pelbagai tarikan dan destinasi pelancongan yang dapat dikunjungi oleh para pelancong! Lokasi-lokasi bersejarah, destinasi kebudayaan, pusat membeli-belah, taman tema dan pelbagai makanan lokal yang sedap belaka, semuanya sesuai untuk individu pelbagai usia! Antara tempat-tempat bersejarah yang memang sesuai untuk para pelancong yang berminat dengan sejarah Melaka ialah Penempatan Portugis, Gereja St Paul, Stadthuys of Melaka, Gereja Kristus dan Porta de Santiago. Bagi kanak-kanak ataupun para pelancong yang ingin mengunjungi ke tempat lain selain daripada tarikan bersejarah Melaka, bolehlah menuju ke Zoo Melaka, A’Famosa Water Theme Park dan juga Wonderland Theme Park. Jika anda ingin menikmati pemandangan bandar Melaka dari lokasi yang tinggi, kunjungilah Menara Taming Sari di Bandar Hilir. Di Melaka juga mempunyanyi lokasi-lokasi yang sesuai untuk para pelancong yang berminat dalam membeli-belah! Dataran Pahlawan Melaka Megamall merupakan salah satu pusat membeli-belah yang terkenal dan terbesar di Melaka! Para pelancong bolehlah membeli apa-apa jua di sana dengan harga yang berpatutan. Selain itu, Jonker Street juga merupakan salah satu tarikan pelancongan yang memang sesuai untuk membeli perhiasan buatan tangan dan antik-antik tradisional. Makanan-makanan tempatan yang dijual di Jonker Street juga amat sedap dan murah! Antara makanan tempatan yang boleh didapati di Jonker Street ialah popiah, satay celup, kentang goreng, cendul, nasi ayam bebola, kerang dan lain-lain lagi! Bagi para pelancong yang berminat sangat dalam menikmati makanan-makanan enak, Melaka seandainya syurga makanan untuk mereka! Infrastuktur pengangkutan awam di Melaka cukup maju dan effisien. Di sekitar Melaka terdapat pelbagai stesen bas yang boleh menumpang para pelancong ke mana-mana jua dengan harga yang murah. Selain itu, Melaka juga mempunyanyi stesen kereta api dan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka bagi para pelancong yang memerlukan kemudahan kereta api dan penerbangan. Sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia, sudah tentulah Melaka juga mempunyanyi pelbagai pilihan penginapan bagi para pelancong, seperti hotel, resort, homestay, rumah percutian dan banyak lagi. Bagi para pelancong yang bercadang untuk bercuti di Melaka seisi keluarga, Melaka juga mempunyanyi pelbagai homestay dan hotel yang sesuai, murah dan sesuai untuk seisi keluarga! Untuk memudahkan para pelancong dalam pemilihan penginapan di Melaka, Sweethut Holiday telah memilih beberapa homestay dan hotel yang terbaik, selesa, murah, sesuai untuk sekeluarga dan dekat dengan tarikan pelancongan seperti Menara Taming Sari! Untuk menempahkan penginapan di Melaka dengan harga yang paling murah dan berbaloi, kunjungilah laman web kami di https://sweethut.holiday/ sekarang!