Melaka ialah salah satu negeri yang paling kecil di Malaysia. Walaupun begitu, dengan mempunyanyi pelbagai lokasi tarikan pelancong serta bangunan dan tapak bersejarah, Melaka juga dikenali sebagai salah satu Tapak Warisan UNESCO di Malaysia! Bangunan-bangunan seperti Gereja Kristus yang merupakan gereja Protestan tertua di Malaysia, Gereja St. Paul, yang pernah menjadi kubu dan pemakaman Belanda, dan Famosa Portuguese Fort, iaitu sisa seni bina Eropah yang tertua di Asia sejak dibina pada tahun 1511 boleh dikunjungi oleh para pelancong yang bercuti di Melaka.
Selain itu, Melaka juga merupakan destinasi pelancongan yang paling sesuai untuk membeli-belah! Bagi pelancong-pelancong yang suka membeli-belah atau ingin membeli cenderahati untuk kawan-kawan dan ahli keluarga, menujulah ke Jonker Street yang penuh dengan gerai-gerai yang jual cenderahati dan juga makanan lokal yang sedap belaka! Bagi pelancong-pelancong yang suka sangat dengan haiwan pula boleh melawati Zoo Melaka. A’Famosa Water Theme Park juga merupakan salah satu lokasi terkenal antara para pelancong!
Di Melaka terdapat pelbagai penginapan yang boleh dipilih oleh para pelancong. Lokasi-lokasi yang memang merupakan pilihan utama apabila para pelancong menempah penginapan ialah di A Famosa, Alor Gajah dan Bandar Hilir. Penginapan yang terdapat di A Famosa, Alor Gajah dan Bandar Hilir bukan sahaja cantik, selesa dan siap dilengkapi dengan penyaman udara, tetapi kadar harganya juga amat rendah! Tambahan pula, penginapan-penginapan ini semua berada di lokasi yang cukup dekat dengan pelbagai kemudahan pengangkutan awam seperti stesen bas, stesen kereta api dan juga lapangan terbang. Para pelancong yang menaiki kapal terbang bolehlah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka. Antara jenis-jenis penginapan yang para pelancong boleh memilih di Melaka ialah hotel, resort, homestay, asrama dan lain-lain lagi. Untuk menempahkan penginapan anda di A Famosa, Alor Gajah dan Bandar Hilir, Melaka yang selesa, murah dan siap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, kunjungilah laman web kami di https://sweethut.holiday/ sekarang!