Print
Category: Melaka Homestay (BM)
Hits: 1508

Famosa Homestay yang terletak di Kampung Bukit China memang sesuai untuk para pelancong yang bercuti di Melaka dengan sekumpulan kawan atau ahli keluarga yang kecil. Penginapan jenis rumah bandar ini bukan sahaja murah dan bajet harganya, tetapi ia juga siap dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh para pelancong! Kemudahan-kemudahan seperti WiFi, televisyen, kabinet, sofa, parkir persendirian dan penyaman udara telah disediakan oleh pihak penginapan untukmu. Selain daripada itu, lokasi Famosa Homestay juga strategik betul, kerana penginapan ini berdekatan dengan lokasi-lokasi tarikan pelancong seperti A Famosa Water Theme Park, Little India, Jonker Street dan lain-lain lagi. Kedai-kedai makanan, serbaneka, restoran dan kafe juga berada di jarak yang cukup dekat dengan Famosa Homestay. Bagi para pelancong yang berminat dalam mencuba makanan lokal yang sedap di Melaka, pilihlah Famosa Homestay ini yang terletak di Kampung Bukit China, Melaka. Stesen KTM Batang Melaka dan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka merupakan stesen kereta api dan lapangan terbang yang terdekat dengan penginapan ini. Untuk menempah penginapan anda di Melaka yang selesa, cantik dan siap dilengkapi dengan kemudahan dengan kadar harga yang berbaloi, kunjungilah https://sweethut.holiday/ sekarang!

Lokasi: Jalan Munshi Abdullah, Kampung Bukit China, 75100 Melaka, Malaysia